Archive for March 2008

,

Rahsia Disebalik Jari


Disebalik kuku kita sebenarnya tersimpan ciri-ciri atau sikap diri kita yang sebenarnya oleh itu mari kita tengok kita tergolong dari yang mana...







Kuku pendek & lebar

- seorang yang suka mengkritik, agak serius dlm kehidupan, tidak mengambil kira andainya kritikan mereka menyakiti orang lain, suka berterus- terang dan berani mengkritik andainya dirasakan tidak puas hati.

Kuku berbentuk 4 segi

- suka berterus-terang, mudah sesuaikan diri dgn keadaan sekeliling, jenis tidak suka menyembuyiakan ketidak puasan hati mereka.namun sikap ini dapat mengundang permusuhan dalam diam namun mereka cukup jujur dalam perhubungan terbuka.

Kuku tirus & runcing
- sering dilanda gementar dan kalut, jika terpaksa berdepan dalam situasi yang mungkin memberi tekanan pada mereka, mereka lebih suka berada di belakang tabir saja, namun mereka ini biasanya petah bercakap, cuma di depan orang ramai saja mereka kalut.

Kuku panjang & bujur
- menyukai sesuatu yg berkaitan seni , berfikiran terbuka utuk menerima idea baru, mudah untuk berkerjasama dengan meraka kerana mereka tidak lokek idea dan tidak kisah menerima idea orang lain.

Kuku berbentuk sudu
- mood yg tidak menentu, sering bertukar fikiran , pantang mendengar pendapat orang lain pasti mengubah keputusan yang telah mereka buat.mereka ini tidak tetap penderian dan mudah berubah.

Kuku lebar
- cukup yakin dengan apa yg mereka buat, mempunyai personaliti yang kuat dan menarik, seorang yang aktif dan bersemangat menjalani kehidupan seharian. Mereka meminati bidang yang mencabar seperti bersukan.

Kuku berbentuk badam
- cukup penyabar, kretif dalam setiap apa yang di lakukan , sukar marah dan lebih suka bersabar. Namun kesabaran tetap ada batasan bila sampai satu tahap seperti gunung berapi.

Kuku berbentuk panjang
- amat berhati2 dlm apa jua yg di lakukan , mereka bukan yang jenis mengambil mudah sesuatu perkara itu juga seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara termasuk juga tentang kekemasan diri.

RAHSIA JARI JEMARI

Jari sederhana besar
seorang yg pemurah dan baik hati , tidak sukar mendapat pertolongan dari mereka. panjang dan runcing tahu melakukan kerja rumah terutama perempuan , juga cukup pakar dalam masakan.

Jari lebar
cukup bertuah dan hidup senang , selain itu mereka mengangap hidup ini cukup mudah dan indah untuk di nikmati mereka suka membesarkan perkara yang kecil

Tapak tangan lembut
seorang yg mudah memahami masalah orang lain ,seorang pendengar yg baik ,senang berkomunikasi dengan mereka.

Tapak tangan nipis
seorang yang suka bertindak mengikut hati dan ia kadangkala bukan saja menyusahkan diri malah orang lain malah sukar menerima teguran orang lain.

,

Sikap peribadi melalui warna


Warna Putih

Ha… putih itu suci… warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.

Warna Kuning


Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.


Warna Oren


Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.


Warna Merah


Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm… memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi… jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.


Warna Hijau


Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.

Warna Ungu

Mmm… warna ungu memang cantik. Jika pasangan anda meminati warna ini, mereka sebenarnya seorang yang agak sensitif dan berdaya aspirasi yang tinggi. Pengaruh warna ungu kepada si pemiliknya menggambarkan sikap yang kasar, tidak sabar, dan gemar memarahi orang lain. Itulah antara sifat yang tidak boleh dielakkan oleh mereka. Jadi, si penggemar ungu, belajar-belajar la supaya sentiasa relaks dan positif apabila berhadapan dengan kerja dan rakan-rakan yang lain. Jangan asyik nak marah jea… nanti orang pun tak suka dan pulaukan kita, ha macam mana?


Warna Coklat


Erm… mungkin tidak ramai yang sukakan warna ini… tapi mungkin ramai yang suka makan cokelat. Jika pasangan anda antara golongan yang meminati warna ini, tahniah kerana pasangan anda seorang yang jujur, tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana, biarpun mereka boleh dikategorikan 'anak orang kaya'. Tapi status pada mereka tidak penting dan mereka amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka, termasuk anda. Tapi awas, mereka tidak suka berhadapan dengan kenyataan? La… kenapa jadi macam tu? Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang remeh.


Warna Biru


Erm… mesti ramai yang sukakan laut atau awan kerana kedua-dua kejadian semulajadi alam ini, berwarna biru. Bila lihat laut dan awan yang membiru, pastinya kita akan merasa tenang. Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah. Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi. Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.


Warna Hitam


Si pemilik warna hitam, merupakan seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong. Cubalah kongkong pasangan anda yang gemarkan warna ini, pastinya akan berlaku pemberontakan yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu tentang si penggemar hitam ialah, mereka kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain.


Warna-warna yang perlu dielakkan.


Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara. Erm… anda sering merasa gundah gulana? Tipsnya mudah sahaja, apabila anda dihantui perasaan ini, elakkan warna merah kerana merah menjadikan anda agresif sehingga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang negatif. Bagi mereka yang ingin 'enjoy' bersama rakan-rakan, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana anda tidak akan dapat merasai keseronokan bersama rakan-rakan anda.

,

POTENSI WANITA YANG SELAMAT DAN MENYELAMATKAN


Potensi yang Tuhan anugerahkan kepada manusia termasuk wanita sungguh luar biasa. Potensi lahir berupa kemajuan, harta benda, teknologi sudah semakin tinggi sehingga terciptalah bangunan-bangunan pencakar
langit, jalan-jalan raya bertaraf super highway, alat-alat perhubungan yang canggih serta berbagai kemudahan hidup.

Negara maju
dan membangun dengan sangat cantik.Tapi mengapa hari ini semua golongan sudah hidup di dalam ketakutan, di mana pun sudah tidak ada keselamatan dan keamanan, terjadi perampokan, penculikan dan pencurian setiap hari, perzinaan, pertengkaram, pembunuhan, sudah menjadi budaya manusia. Manusia
menjadi khianat, curang, penipu dan pembohong, Hingga susah hendak percaya pada seseorang.
Ertinya sudah terbukti sebanyak apapun kemampuan lahir yang ada pada kita tidak akan membawa keselamatan. Tamadun kebendaan sungguh mengagumkan, tapi tamadun insaniah, sangat rendah bahkan telah punah. Fakta ini membuktikan pada kita bahwa sebanyak apapun potennsi lahir yang kita miliki tidak dapat menyelamatkan kita. Di dunia belum tentu menyelamatkan apalagi di akhirat.Sementara itu selain potensi lahiriah, maka pada diri wanita ada potensi batiniah, yaitu berupa kekuatan akal, roh dan nafsu.

1. Potensi kekuatan akal
Kemampuan akal kaum wanita yang ada sekarang ini tidak kalah dengan
yang dimiliki oleh kaum lelaki. Kaum wanita sudah banyak yang
berpendidikan tinggi dan sama-sama menyumbangkan ide untuk membuat
kemajuan. Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya sangat menonjol.
Ilmuwan sungguh ramai, cerdik pandai tidak terhitung jumlahnya
Namun di masa yang sama, akhlak wanita telah runtuh separas bumi.
Semakin pandai, semakin bimbang dan hilang keyakinan. Sifat malunya
musnah, benteng kewanitaannya sudah runtuh. Lahirlah budaya bebas,
budaya zina dan budaya santai. Jadi walaupun akal tajam, sama dengan
harta benda, sejenius apapun belum tentu akan menyelamatkan. Bahkan
sebagiannya ketajaman akal digunakan untuk merusak.

2. Potensi Kekuatan Nafsu
Dorongan nafsu ada yang positif dan negatif. Dorongan nafsu yang
positif dan menyelamatkan bila nafsu seseorang sudah sampai pada
taraf mutmainnah (tenang). Nafsu ada 7 peringkat, dari peringkat yang
terendah, yaitu nafsu Ammarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah,
radhiah, mardhiah dan kamilah. (Penjelasan lebih lanjut tentang
peringkat-peringkat nafsu dapat dilihat pada buku Mengenal Diri
Melalui Rasa Hati).Kekuatan nafsu yang ada pada wanita, bila tidak dikawal akan makin
menjerumuskan seorang wanita ke dalam kehinaan. Nafsu sangat mengajak
seorang manusia pada kejahatan. Dengan kekuatan nafsu, keinginan
kepada keduniaan, kecantikan, harta, pakaian, barang-barang perhiasan
akan semakin kuat. Segala kelebihan yang Tuhan anugerahkan pada
seorang wanita, seperti kecantikan, keindahan tubuh akan digunakan
untuk memuaskan keinginan nafsu. Karena itulah semakin banyak wanita
yang tidak selamat dan jatuh pada kehinaan.

3. Potensi Kekuatan roh
Kekuatan roh/jiwa wanita tergantung dari peringkat iman yang ia
miliki. Menurut kategorinya, iman ada 5 peringkat : iman taqlid, iman
ilmu, iman ayan, iman hak dan iman Hakikat (lihat pada buku Iman dan
Persoalan). Dilihat dari peringkat iman, maka kekuatan roh dapat
disebut selamat bila sudah mencapai iman ayan, yaitu iman yang dapat
merasakan bukan sekedar menyebut tentang Tuhan. Bila dikaitkan dengan
peringkat nafsu, maka orang yang beriman ayan ini telah sampai para
peringkat nafsu mutmainnah. Inilah kelebihan positif yang selamat
yang mesti kita usahakan. Pengembangan potensi lahir dan akal sudah
cukup maju. Pengembangan potensi roh perlu mendapat perhatian, bahkan
inilah yang mesti diutamakan.
Kekuatan yang sekarang ini sudah banyak dilupakan yaitu kekuatan roh
(hati). Potensi (kekuatan) inilah yang selamat dan menyelamatkan.
Dengan kelebihan roh yang ada pada seorang wanita maka kelebihan
lahir dan kelebihan akal akan mendapatkan panduan karena roh adalah
raja dalam kerajaan diri. Bila roh baik maka akan baiklah keseluruhan
diri seorang wanita.
Karena itu untuk seorang wanita bekal untuk membina roh sangat
penting. Roh wanita dihidupkan dengan rasa bertuhan, untuk merasakan
kebesaran Tuhan. Tuhan dijadikan sebagai cinta agung, sehingga tuhan
dijadikan kawan sejati dan idola. Dengan adanya rasa bertuhan akan
lahir rasa kehambaan. Wanita dengan kekuatan perasaan yang ada diajak
untuk merasakan betapa besar dan agungnya Tuhan. Begitu banyak kasih
saying dan rahmat Tuhan yang telah diberikan kepada kita.
Menghidupkan roh, diawali dengan menghayati sembahyang. Roh diisi
dengan iman dan keyakinan, hingga mencapai iman ayan. Selain
sembahyang yang disukai oleh roh, ialah zikir, wirid dan membaca Al
Quran. Amalan itu akan menghidupkan roh. Berfikir tentang kebesaran
Tuhan juga akan membangun roh.

Karena itu bila dikatakan memperjuangkan nasib kaum wanita maka arti sebenarnya adalah memperjuangkan untuk membina kekuatan roh kaum wanita, karena Allah tidak akan merubah nasib satu kaum jika kaum itu tidak merubah apa yang ada dalam dirinya, yaitu rohnya. Bila roh seorang wanita telah subur dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan maka itulah yang akan menyelamatkan kaum wanita. Setinggi apapun kemajuan yang dicapai, harga diri seorang wanita akan tetap terjaga. Akhlak mulia akan senantiasa menjadi pakaian diri.

,

RAHSIA BULAN KELAHIRAN





Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Rujukan http://darulnuman.com/